Thursday 17 November 2011

Snowcap Man! [This is love or believing?]

dhowcar Mah

Bab 3 
2 tahun kemudian....                                                                                                                                                           

            Burung bersiulan memecah hening pagi. Air embun pagi mula menitik jatuh ke lantai bumi. Aku yang baru sahaja menyarungkan kasutku....


"Mama... Mika pergi dulu ya...," kataku di muka pintu.
"Hmm... baiklah... Baik-baik naik motor tu ya...," nasihat ibuku.
              
             "Baiklah ma...," jawabku. Sejurus itu, aku mencium tangan ibuku. Aku menutup pintu rumahku dan terus menuju ke motor GP yang berwarna putih di hadapan rumahku. Helmet disarungkan Hiro lalu aku naik motor itu. Motor Kawasaki yang gah itu bergerak memenuhi jalan raya sambil ditunggang Hiro.
             
Setelah sampai di destinasi...
         
"Fewwiit.... sweet couple kita dah sampai..," usik rakan-rakanku.  Aku tersenyum sama juga Hiro. Aku memperbetulkan kedudukan rambutku. Hiro juga sama. Kami berdua berjalan seiring menuju ke meja yang terletak dibawah pokok renek.                                                                                                                                                                            
               
"Hai... pukul berapa seminar start..?," tanyaku setelah sampai dimeja itu.
"Pukul 9
pagi nanti," jawab salah seorang rakanku.
              
Aku duduk bersebelahan dengan Hiro. Kami berdua seperti tidak sedarkan diri. Asyik dengan dunia sendiri. Kami berdua bersembang selang dengan gelak ketawa memang tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Sedang kami rancak berborak tiba-tiba datang seorang perempuan yang tidak kami kenali merapati meja. "Hai awak... nak berkenalan boleh?," tanya gadis itu sambil menghulurkan tangan pada Hiro. Hiro memandangnya sahaja dan tak lama kemudian dia memandangku semula lalu mengusap rambutku. Aku binggung, kenapa dia tidak melayan gadis itu?  Gadis itu geram dengan tingkah laku Hiro.

"Sombong!," kata gadis itu lalu beredar meninggalkan meja kami. "Kenapa awak tak layan perempuan tadi..?," tanyaku. Hiro menghiraukan soalanku dan hanya mengusik rambutku sahaja. Aku mendiamkan diri kerana aku tahu apabila dia balas sebegitu rupa bermakna dia tidak suka.

Waktu seminar telah pun bermula. Aku duduk bersebelahan dengan Hiro. Seminar berjalan dengan sempurnanya. Setelah 8 jam kami duduk di dalam dewan itu diselang dengan waktu rehat telah pun tamat. Sewaktu aku dan Hiro menuju ke motornya, aku perasan gadis yang aku jumpa pagi tadi memerhatikan gerak geri kami. Aku mulai risau tetapi aku merahsiakan perkara ini daripada Hiro.
...........

               Seminar ini berlangsung selama dua hari. Pada hari keduanya, aku sampai di perkarangan dewan itu pada pukul 8.30 pagi. Kami seperti biasa akan duduk di meja dibawah pokok renek itu sementara menunggu seminar itu bermula. Sedang kami berdua dan teman-temanku berborak rancak, aku perasan gadis semalam itu sedang memerhatikan kami. Aku menjadi takut. Takut kalau-kalau terjadi perkara yang buruk nanti. Aku hanya diam tidak memberitahu Hiro.
              
Sewaktu seminar itu berlangsung, aku khusyuk mendengar ceramah  tetapi tanpa aku sedar tiba-tiba aku dibaling sebatang pen. "Ouch!," kataku perlahan. Walaupun perlahan tetapi Hiro mendengarnya. "Kenapa?," tanya Hiro sambil melihat dahiku. Aku menggeleng perlahan sambil tersenyum. Kemudian, pandangan Hiro dialihkan ke arah perempuan itu seolah-olah dia tahu yang perempuan tersebut yang melakukannya. Sejurus itu, aku memegang lengan Hiro sambil aku menggelengkan kepala. Hiro memandangku dan dia kembali fokus pada seminar sambil mengeluh. Sejurus itu, aku menjeling pada perempuan itu supaya dia  berhenti melakukan sebegitu. Perempuan itu menjelirkan lidah padaku lalu ketawa bersama kawannya. Rasa geram mula menular di dalam diri tetapi aku sabar.
              
Waktu pulang telah sampai. Aku dan Hiro berjalan seiring menuju ke pintu keluar. Sewaktu kami berjalan ingin ke pintu itu tiba-tiba aku dibaling sebatang pen sekali lagi dan kali ini pen itu tepat terkena dahiku. Aku menggosok dahiku. Kebetulan, Hiro ternampak apa yang terjadi dan kami ternampak yang perempuan itu tergelak melihat kami. Hiro terus membuka langkah besar ingin menuju ke arah perempuan itu tetapi aku menahannya lalu aku menggeleng. Hiro mengerti sambil menahan sabar didada. "Jangan Hiro. Saya tahu awak geramkan... but please.. not here..," bisikku padanya. Hiro mengerti. Kami beredar dari situ.

"Opps! sorry.. tak sengajalah awak...," perli perempuan itu. Hiro yang sudah hilang sabar terus melepaskan tanganku dan mengambil pen itu dari lantai. Tetapi sewaktu dia ingin membaling pen itu, aku sempat menahannya. Aku menggeleng sekali lagi dan dia mengeluh. Hiro kembali berjalan denganku.

"Awak.... sakit tak..?," perli perempuan itu lagi. Hiro yang tidak boleh tahan dengannya lagi, terus membaling pen itu lalu pen itu terkena tepat pada dahi perempuan tersebut. Perempuan itu menggosok dahinya yang mulai merah. Hiro lega dengan perbuatannya lalu menarik tanganku dan keluar dari dewan tersebut.
              
Setelah kami sampai di motornya, Hiro memakaikan aku helmet. Setelah semuanya siap, Hiro perasan sesuatu, tayarnya pancit. Bertambahlah tekanan darahnya didada. Tanpa membuang masa, Hiro terus menuju ke sebuah kereta Macedes yang berhenti tepat di pintu lobi. Hiro mengetuk pintu kereta itu. Aku terus berlari untuk mendapatkan Hiro dan aku mendapati di dalam kereta itu ada perempuan tadi. "Kau keluar sekarang perempuan! Aku tahu, ni semua kerja kaukan?!," tengking Hiro di tingkap kereta itu.
           
          "Awak ni siapa?! Awak nak apa dengan anak saya..?!," tanya seorang pak cik yang keluar dari perut kereta tersebut itu tiba-tiba. Tak lama selepas itu, perempuan tadi membuka pintu kereta dengan tiba-tiba dan dengan sengajanya dia membuka pintu kereta itu dengan kuat sehingga terlanggar Hiro. "Daddy... baby tak kenal pun siapa dia! Oh, for your information daddy.. tadikan.. dia ada cuba nak cabul baby!" kata perempuan itu selamba.                                                
              
"What?! Is that true honey?! Kau! Bedebah punya budak! Mari sini kau!," kata pak cik itu separa menjerit. Hiro yang sedang panas didada terus berjalan merapati pak cik tersebut tanpa memikirkan apa-apa. Aku hanya berdiri disisi perempuan itu sambil membibit helmetku. Aku melihat perempuan itu tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh. "Habislah kamu berdua kali ini!," kata perampuan itu lalu menjelingku. Setelah Hiro berdiri di hadapan pak cik itu, Hiro membuka helmetnya lalu mencampaknya ke bawah. Orang yang berada di sekeliling kami terperanjat lalu melihat apa yang berlaku. Pak cik tersebut terus mencengkam kolar baju Hiro dan Hiro hanya berlagak tenang.Tetapi tidak lama selepas itu, kami terdengar bunyi deretan enjin kereta.

Bersambung....

Wednesday 16 November 2011

Snowcap Man! [This is love.. is it?]


 dhowcar Mah
               
           Bab 2
            Disebabkan kejadian yang berlaku selama ini, aku sudah tidak lagi manaiki bas awam itu. Aku kembali ke alam kehidupanku yang bosan itu. Seperti biasa sebelum ini, ibuku akan mengambilku dari sekolah selepas tamat waktu persekolahan.

Semasa aku menunggu ibuku di bus stop seorang diri aku ternampak seorang lelaki yang pernah aku lihat sebelum ini sedang berjalan di seberang jalan. Aku yakin yang lelaki itu memang aku mengenalinya dan aku yakin itulah lelaki yang aku angau selama ini. Aku memerhatinya dari jauh. Sedang aku leka memerhatinya tiba-tiba sahaja langkahnya berhenti lalu memusingkan badanya menghadap aku. Selepas aku menyedar keadaan itu aku terus mengalihkan pandanganku. Aku terkejut apabila aku ternampak dia duduk disebelah aku tanpa aku sedari. Aku terus menjadi kaku dan lidahku kelu.

"Apa motif kau buat macam tu?"
"Hah..?!" kataku bingung.

"
Kau ingat aku tak tahu apa yang kau buat selama ini. Kau nak jadi stalker ke?."    
               
            "Alamak, kantoi aku! Dia tahu. Macam mana ni...?," kataku dalam hati. Aku sudah pun mengelabah apabila mendengar ayatnya itu dan aku terus menggeleng laju. "Itu bukan niatku...," sambungku di dalam hati lagi.
"Kau nak tahu apa pasal aku..?" tanya snowcap man itu lagi.


Aku terkelu tiba-tiba kerana aku berasa lidahku terlalu berat sekali ingin berkata. " Tanyalah Mika! Engkau sendiri yang ingin tahu sipakah dia! Tanyalah!," kataku di dalam hati memaksa diri. "Aku cuba tapi.....," sambungku lagi di dalam hati sambil menundukkan kepala.  Aku terdiam seketika. Selepas beberapa minit bunyi deretan kereta memenuhi ruang, dia tiba-tiba sahaja mengeluh. Sejurus itu, dia bangun lalu meninggalkan aku. Aku bingung dengan tingkah lakunya. Aku hanya memandangnya sahaja yang sedang meninggalkan aku yang semakin lama semakin jauh. Sedang aku leka melayan mataku tiba-tiba aku tersentak apabila hon kereta kedengaran betul-betul di hadapan perhentian bas. Aku terus mancapai beg galasku lalu menuju ke kereta yang berhenti di hadapan perhentian bas itu.
           
 
"Kamu pandang apa tadi? Jauh mama tengok..," kata ibuku yang sedar akan kelakuanku tadi.
"Tidak apa-apalah mama,"
jawabku menyembunyikan perkara tadi.                                                                        
              
Ibuku terdiam kerana tidak mahu masuk campur. Gear kereta ditekan lalu bergerak terus menuju ke rumah mahligai kami. Setelah sampai di rumah, aku terus masuk ke dalam bilikku. Aku duduk diatas katilku yang empuk sambil fikiranku melayang memikirkan tentang perkara yang berlaku tadi.
              
Aku mengeluh..."Apa yang sedang aku fikirkan ni..?," tanyaku didalam hati. Aku mengeluh sekali lagi lalu membaringkan diriku diatas katil.                                                                                                                                                      

 "
Kau nak tahu apa tentang aku..?," tiba-tiba ia terngiang-ngiang ditelingaku.
"Semuanya tentang kau..,"
jawabku di dalam hati.
"Haaa...,"aku mengeluh sekali lagi.
Sedang aku leka melayan pemikiranku tanpa aku sedar mataku terlelap.
.........
           
         Pada keesokkan harinya, seperti biasa aku akan ke sekolah.
Setelah sampai waktu puncak untuk aku pulang, aku seperti biasa akan tunggu ibuku diperhentian bas. Hari ini ibuku akan mengambilku lewat sedikit kerana urusan kerja. Aku akur. Sewaktu aku dan beberapa rakanku berjalan menuju ke perhentian bas, aku secara tiba-tiba memberhentikan langkahku tatkala aku ternampak snowcap man itu sedang duduk di atas bangku di perhentian bas tersebut.Teman-temanku berasa pelik melihat tingkah laku aku.                                                                                                                                                                             

"Kau kenapa Mika..?," tanya salah seorang rakanku.
"Ha
h..?! Ah.... tak ada apa-apa.."
"Dah tu yang kau ni macam baru tengok hantu ni kenapa..?."
"Emm... kau nampak tak siapa di sana tu..?."
"Lelaki yang pakai snowcap tu
ke...?."
Aku menganggukkan kepala.
"Kenapa..?,"
"Dialah yang aku selalu cerita pada kau tu..."
"Aku tahu!
Banyak kali kau beritahu aku... tapi... kau biar betul!"
"Betullah!"
                
Kawanku tersengih mendengar penjelasan aku. Aku geram lalu memukul bahunya. Kawanku hanya menggeleng melihat aku. Kemudian, kami berjalan semula bersama-sama menuju ke perhentian bas. Aku hanya berjalan selamba tanpa memikir siapa pun di depan. Aku duduk diatas bangku yang tersedia di situ.Tidak sampai beberapa minit bas 0224 itu pun sampai. Lalu, tinggallah aku seorang diri di perhentian bas itu. Oh, bukan! tinggallah aku dan snowcap man sendirian diperhentian bas tersebut. Snowcap man??? " Kenapa dia masih lagi ada kat sini..? Dia tak balik ke..?," tanyaku di dalam hati. "Maybe dia tunggu parent dia kot," jawabku sendiri di dalam hati. Aku hanya diam tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Tiba-tiba tanpaku sedari snowcap man itu duduk rapat disebelah aku. Aku terkaku dan tanpa diminta lidahku akan terus menjadi kelu. Entah mengapa agaknya. Kami berdua diam buat seketika dan tak lama selepas itu, dia tiba-tiba menghulurkan sebuah buku diari kepadaku. Aku tidak tahu nak buat apa. Aku hanya memandang diari itu sahaja.                                                                         
              
"Jangan tenung lama-lama diari ni... nanti berlubang pulak," katanya.  Aku tersentap. "Oh!". Kemudian, aku mengambil diari itu dan memegangnya. "Tak nak baca..? Penat aku tulis selama ni," katanya sambil menggosok lengannya. 
              
             Aku membuka
helaian pertama dengan penuh tanda tanya. "Kenapa dia bagi aku diari ini tiba-tiba?," tanyaku dalam hati. “Tak mengapa ke kalau saya baca diari ni?,” tanyaku meminta kebenarannya.
              
“Takpelah, akukan dah beri kebenaran untuk kau baca. Selama aku hidup, aku tak pernah-pernah sekali pun bagi diari kat sesiapa even my parent. Kalau kau nak baca, bacalah. Tapi kalau kau  rasa diari tu bosan, tak payahlah nak membuang masa baca diari tu,” katanya panjang lebar. Inilah kali pertama aku mendengar dia berkata begitu panjang.

“Macam mana saya nak tahu kalau buku ni bosan ke tak. Saya tak baca lagi. Baru buka muka surat pertama,” kataku bergurau cuba untuk bersembang dengannya. Bahagia rasanya di hati apabila dapat bersembang dengan dia walaupun tidaklah selama mana.
              
Kemudian, aku membaca setiap baris yang ditulisnya. Mula dari biodatanya sehinggalah impiannya. Itu pun baru habis muka surat pertama. Walaupun baru habis muka surat pertama aku sudahpun berasa sungguh gembira kerana sekarang ini aku tahu siapa dia. Snowcap man yang selama ini menjadi nama panggilannya ialah lelaki yang bernama Hiro.Terima kasih mula menyelubungi perasaanku. Inginku mengucapkan terima kasih padanya tetapi tidak kesampaian apabila Hiro tiada disebelahku. Aku mencarinya dan aku dapati dia sudah pun beredar meninggalkan aku seorang diri di perhentian bas itu. Aku memerhati gerak gerinya dari belakang. Sedangku leka, aku tersentap apabila hon kereta kedengaran. Sejurus itu, aku menggalas beg aku dan masuk ke dalam perut kereta ibuku yang dihonnya tadi.

"
Buku apa tu..?,"tanya ibuku.

"Err.. tak ada apa-apalah ma," jawabku menyembunyikannya. Gear kereta ditekan lalu bergerak menuju jalan raya lalu melepasi sekolahku dan aku sempat melihat Hiro ditingkap sisi kereta. Aku termenung lama.

"Pandang siapa tu..?,"
tanya ibuku tiba-tiba setelah menyedari kelakuanku.   "Oh... tiada siapa.."
"Kenapa Mika nak berahsia dengan mama..?.""Hah...? mana ada. Alah.. mama tak payahlah risau. Ini bukan perkara penting pun. Satu hari nanti Mika akan beritahu mama.. ya..,"
"Hmm.. yalah. Apapun yang penting Mika tak buat masalah."                                                                                                          

Aku hanya mengukirkan senyuman.               

Bersambung....                                                                                                                                                                        

Tuesday 15 November 2011

Snowcap Man! [This is love.. is it?]

dhowcar Mah


Bab 1

Hari ini aku baru pulang dari satu pertandingan pidato, aku berasa sangat gembira hari ini kerana aku dan rakan-rakanku telah dijemput untuk menonton pertadingan pidato di sebuah dewan di luar sekolah. Selepas sahaja pertandingan itu tamat,  aku dan rakan-rakan sekelasku yang lain menaiki bas yang telah disewa oleh guru bertugas kami untuk pulang. Selepas 30 minit kemudian, kami sampai di perkarangan sekolah. Aku dan beberapa rakanku terus menuju ke perhentian bas untuk menaiki bas awam bernombor 0224 yang telah pun berhenti tepat di hadapan perhentian bas itu. Aku terpaksa naik bas awam hari ini kerana ibuku tidak dapat mangambil aku di sekolah kerana urusan kerja. Aku terpaksa akur.
             
Semasa aku beratur ingin menaiki bas, aku ternampak samar-samar seorang lelaki yang tidak kukenali di tingkap bas.  Aku hanya nampak wajahnya sahaja. Aku tertarik dengan wajahnya.Walaupun hanya wajah tetapi mataku hanya meliar di tempat kawasannya. Selepas sahaja aku memasukkan duit, aku duduk di bahagian hadapan jauh dari tempat duduknya. Aku sebenarnya tidak tahu mengapa aku duduk jauh dari tempatnya.
              
Aku leka dengan teman-temanku. Leka bersembang tentang pertandingan pidato tadi sehinggakan aku tidak sedar yang dia sudah pun turun dari bas. Aku hanya sempat melihatnya daripada belakang kerana waktu itu dia sudah berada di luar bas. Aku perasan pada masa itu dia memakai snowcap berwarna hitam dan berbaju sekolah. Waktu itu, aku berasa sungguh geram kerana aku tidak sempat melihat wajahnya dengan jelas.
              
Pada malam itu aku menjadi tak tentu arah. Aku hanya teringat akan wajahnya yang diterangi cahaya terang itu sehingga membuatku jatuh hati padanya walaupun aku melihatnya dalam keadaan samar-samar. Pada keesokan harinya, aku bertanya kepada temanku yang sering menaiki bas awam itu tentang lelaki tersebut.Temanku berkata yang lelaki tersebut jarang dilihatnya dan mungkin itu adalah orang yang baru sahaja berpindah di kawasan perumahan itu. Aku tidak tahu nak kata apa tetapi yang penting aku sudah tertarik dengannya.                                                          
..........
               Semenjak kejadian itu, aku sudah mula menaiki bas awam yang bernombor 0224 itu. Seperti biasa aku akan nampak dia. Aku ingin merapatinya tetapi aku malu. Aku takut orang disekeliling aku akan mengata. Aku cuba curi-curi melihat namanya tetapi aku tidak boleh kerana dia tidak memakai nametag sama juga lencana sekolah. Hal itu telah menyebabkan aku tidak tahu di manakah dia bersekolah. Aku hampa tetapi itu tidak akan mematahkan semangatku untuk manatap mukanya yang masih lagi bercahaya itu. Oleh sebab itu aku telah memanggilnya snowcap man kerana pada setiap hari dia akan memakai snowcap yang sama. Entah mengapa aku boleh berfikir sebegitu.
              
Seperti biasa aku akan menaiki bas awam itu untuk pulang ke rumah. Sejurus sahaja aku memasukkan duit, aku terpaksa berdiri kerana pada waktu itu tempat duduk di dalam bas itu sudah pun penuh. Walaupun aku berdiri tetapi peluangku untuk melihatnya tidak akan aku lepaskan. Aku cuba cari dia di bahagian tempat duduk belakang kerana itulah tempat duduknya selalu. Aku kecewa setelah cuba mencarinya tetapi aku tidak nampak. Aku sedih bercampur bingung. "Mengapa hari ini dia tidak naik bas?," aku bertanya di dalam hati. "Mungkin dia naik bersama ibu bapanya agaknya," jawabku juga di dalam hati untuk menenangkan jiwaku. Pada malam itu aku hanya memikirkan tentang perkara yang berlaku pada siang tadi. Aku tidak tahu mengapa aku terlalu serius dalam hal ini tetapi aku tidak boleh lari. Aku cuba melupakannya tetapi tidak boleh. Aku mengeluh,"Mengapa aku begini...?."
              
Hari bersilih ganti dan masa masih lagi berdetik. Aku masih lagi menaiki pengangkutan yang sama untuk pulang ke rumah selepas sahaja waktu persekolahan aku tamat. Seperti biasa aku akan cuba mencarinya tetapi semenjak dua tiga hari itu, aku jarang dapat melihatnya. Jangankan katakan batang hidung, bayang-bayangnya pun aku tidak nampak. Aku berasa hampa dengan apa yang berlaku. Aku semakin bingung apabila memikirkan perkara ini. Di dalam fikiranku hanya menganggap yang snowcap man itu mungkin pulang bersama ibu bapanya. Itulah sangkaan aku selama dia tidak naik bas awam yang bernombor 0224 itu.     
Bersambung.....